ABSTRACT

Kertas penelitian ini membincangkan keberkesanan lontaran vokal dalam deklamasi puisi. Lontaran vokal yang baik penting untuk memastikan makna dan mesej yang terkandung dalam puisi sampai kepada penonton. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Penyelidikan Jerry ariasi vokal saling berkaitan dengan konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap ayat yang merujuk dialog dalam sesebuah pesembahan. Antara komponen variasi vokal mengikut Jerry et.al adalah (1) nada (pitch) dan lingkungan (range), (2) infleksi, (3) kekuatan, (4) kadar atau tempo, (5) tekanan suara, (6) berhenti sekejap (pause) dan (7) iramaKemampuan membezakan suara dalam barisan tone yang indah akan menciptakan kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak monoton atau statik. Perbincangan ini meneliti tiga (3) bacaan puisi terbaik iaitu pemenang dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-35 peringkat Kebangsaan tahun 2021, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil penelitian ini memperlihatkan bahawa peranan variasi vokal amat penting dan memberikan manfaat kepada pemantapan mutu dalam penyampaian deklamasi puisi.

Kata Kunci: Deklamasi, Mesej, Puisi, Sayembara, Vokal.

 

Download PDF