ABSTRACT
Artikel ini mendokumentasikan komponen perkakas Usungan Kedatuan Bangso Sama di Kota Belud yang digambarkan secara visual melalui aspek estetika transendental. Estetika transendental merangkumi komponen yang memiliki makna dan fungsi di sebalik konsep keindahan yang dipamerkan. Usungan Kedatuan dilengkapi lima jenis perkakas budaya, antaranya sempangan, sumbulayang, payung pejuntai, bendira/kipas pacak dan kerusi yang menjadi simbol perlambangan khususnya bagi adat kedatuan dalam komuniti bangso sama atau dikenali sebagai masyarakat Bajau Sama di Kota Belud. Unsur perlambangan di sebalik komponen perkakas usungan adalah berpandukan aspek estetik yang bersifat transendental dan memenuhi keperluan aktiviti harian masyarakat. Penilaian di sebalik estetika bersifat transenden menyenaraikan sebanyak tiga peringkat penilaian, antaranya pengalaman, dasar pemikiran dan etika yang berlaku dalam masyarakat Bajau Sama sekali gusenepati peringkat pertimbangan yang berlaku dalam komponen daya fikir. Justeru, unsur perlambangan ialah ambaran sebuah keperluan yang dikembangkan melalui daya pemikiran bersifat transenden.
Kata Kunci: Usungan Kedatuan, Estetika Transendental, Unsur Perlambangan, Perkakas Usungan